Pernah atau tidak kita berfikir seketika indah, unik,dan cantik itu datangnya dari
mana...cuba kita duduk sebentar mengimbas dan mengenang sejarah kewujudan
manusia. Sudah tentulah kita merasa syukur kepada-Mu YA ALLAH engkau telah
menciptakan aku sebaik-baik kejadian.
Setiap yang hadir di bumi ini dipersembahkan dengan
pelbagai bentuk dan keadaannya. Sungguh Maha Besarnya Kuasa Mu Ya ALLAH. Kita sebagai
manusia diciptakan berlainan rupa bentuk di antara satu sama lain begitu juga kehidupan
lain yang terdapat di muka bumi ini. Seperti permukaan bumi yang bergunung
ganang,bukit –bukit, tumbuhan dan juga binatang yang masing-masing mempunyai
keistimewaan tersendiri .
HARI INI...
Hari ini dunia berubah mengejar kepada kehidupan dunia. Semua
negara mengejar dunia ilmu yang mana apabila ilmu itu lebih tinggi darjatnya
bagi sesebuah negara apabila terciptanya sesuatu idea baru . Sebagai contoh seorang
Arkitek dikatakan seorang yang kreatif dengan rekaan-rekaan baru yang di
hasilkan. Pada hari ini terdapat pelbagai jenis bangunan yang megah tinggi
mampu dilihat dan di nilai dari segi estetikanya. Begitu juga dengan pakaian kita hari ini. Semakin
hari semakin moden. Walaupun lahir pereka fesyen terkemuka pada hari ini,
rekaan pakaian tradisional Melayu kita masih mampu lagi diperagakan bukan
sahaja di dalam negara malahan di luar negara. Kenapa saya berkata
demikian,bahawa berlaku gabungan dan
juga kemungkinan lain yang di serapkan dalam menghasilkan rekaan-rekaan baru
ini tanpa melupakan seni Trasional Melayu.
Menurut kamus Dewan Dan Pustaka kreatif bermaksud mempunyai
kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli;
untuk menghasilkan karya seni yang benar-benar bermutu tinggi.
Secara keseluruhannya,kreatif merupakan kata yang berasal
dari bahasa Inggeris To
Create, yang
merupakan singkatan dari:
Combine (menggabungkan)
– penggabungan suatu hal dengan hal lain
Reverse (membalik)
– Membalikan beberapa bagian atau proses
Eliminate
(menghilangkan) – menghilangkan beberapa bagian
Alternatif
(kemungkinan) – Menggunakan cara, bahan dll dengan yang lain.
Twist (memutar)
– memutarkan sesuatu dengan ikatan
Elaborate
(memerinci) – memerinci atau menambah sesuatu
Berfikir kreatif
berarti:
·
Melepaskan diri dari
pola umum yang sudah tertanam dalam ingatan.
·
Mampu mengolah sesuatu
yang luput dari pengamatan orang lain.
Elaborate
(memerinci) – memerinci atau menambah sesuatu