Tuesday, April 30, 2013

Penjanaan Idea

Hari ini saya nak berkongsi pandangan terhadap bagaimana proses penjanaan idea itu berlaku. Bagi sesetengah orang mereka beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai kebolehupayaan diri untuk menjana fikiran menghasilkan idea-idea baru. Pada hakikatnya apa yang mereka perkatakan adalah tidak benar.....kenapa saya berkata demikian??? hehehehe...sebenarnya apabila seseorang itu mempunyai keinginan serta kesungguhan dalam melakukan sesuatu tugas itu, mereka dengan sendirinya akan menggerakkan akal fikiran mereka untuk bekerja tanpa mengira idea itu bernas atau tidak...Tiada satu idea pon yang sebenarnya salah dan yang tidak menarik. Apa yang membezakan idea seseorang itu bernas dengan tidak apabila idea itu mampu memberi impak baru atau kesan serta menarik perhatian orang lain dan di fikirkan logik untuk di adaptasikan.

Sebagai contoh  sekiranya diberikan satu masalah, anda di tugaskan untuk menyelesaikan masalah tersebut bersama ahli kumpulan anda. Kemudian anda perlu mengutarakan pendapat anda dalam kumpulan tersebut.

Kaedah Penyelesaian: Walaupun kita berkumpulan , individu yang kreatif dan bijaksana mereka ini akan mengeluarkan idea-idea bagi menyelesaikan masalah tersebut tanpa hanya berharap jawapan daripada kawan-kawan. Individu perlu memberi dan mengeluarkan pendapat agar idea yang mereka kemukakan boleh di perbaiki sekiranya ianya kurang baik. Selain itu, idea-idea yang telah di hasilkan oleh setiap individu juga boleh di gabungkan agar idea mereka menjadi lebih menarik dan berkesan.


Berdasarkan daripada contoh tadi, selain kaedah kerja secara berkumpulan terdapat beberapa langkah proses Penjanaan Idea yang boleh di gunakan.Antaranya adalah:

Sumbang Saran
Sumbang saran merupakan satu teknik yang mudah tetapi berkesan utuk mengatasi beberapa halangan mental.Terdapat beberapa peraturan asas yang perlu dipatuhi iaitu:
  • elakkan membuat penilaian terhadap idea-idea pada awal sesi
  • utamakan kuantiti. Hasilkan sebanyak mungkin idea dengan pantas.
  • kembangkan idea awal bagi tujuan memperbaiki dan segera menghasilkan idea baru
  • kembangkan imaginasi anada.

Kaedah 6-3-5
Kaedah 6-3-5 adalah satu variasi sumbang saran, di mana 6 ahli kumpulan duduk pada suatu meja bulat, mereka harus melakarkan atau memberikan 3 penyelesaian dalam tempoh 5 minit.
Elakkan komunikasi verbal. Kebaikan kaedah ini adalah untuk menggalakkan setiap individu mampu dan melatih diri mereka untuk menjana idea dengan memberikan beberapa idea baru dalam kumpulan tersebut.








Menanyakan Soalan