Saturday, March 16, 2013

Kenangan ku Designku

Setelah sekian lama meninggalkan dunia di poly Merlimau ..kini hanya hasil pembelajaran yang mampu mengimbas kenangan penat lelah dan usaha ku selama bergelar student architecture.

Bukan nak tunjuk apa pon kat sini ...haaaa..u all lihat dan perhatikan beberapa elemen reka bentuk yang digunakan dalam menghasilkan kesemua rekaan ini....

LANDSCAPE.


MOBILE HOUSE

PLACE IN SPACE


VIEWING TOWER












Tugasan (sketch)


Morning semua..... Selepas sesi pertemuan pertama kami sekelas telah di minta untuk melukis30 jenis lakaran....terpulang lah kita nak lukis apa pun yang penting sketch....heheheh

kita nie memang suka melukis...tapi dah lama xmelukis adalah dalam 2 taun sejak bekerja.hehhee....walaupon lama xmelukis tapi naluri hati sebagai penggiat seni tetap ada di dalam tubuh ni. dulu masa study kat politeknik kita banyak mempraktikkan kemahiran melukis. kita di ajarkan pelbagai teknik seperti membuat lettering, line, tone color and macam-macam la.....


Kepada kawan-kawan yang katanya jari tu kaku nak melukis xberjiwa seni jangan risau, sebabnya kite pon awal-awal dulu xla pandai melukis macam hari ini...tp sebab saya telah di ajar.......kita mampu buat...PERCAYALAH!!!!!.





Inilah hasil kerja kita untuk tugasan minggu kedua kelas REKACIPTA.



Inilah dia peralatan yang sentiasa ada dekat dengan saya.


Kasut terbaru milik SAYA.


Lukisan ku.( I LOVE U)


Krakter Percintaan.


Datangnya idea di dalam bilik ku( Dalam hati berkata lapar-lapar nak sumbat makanan wei....)




Secara tidak sengaja lakaran ini dihasilkan mengikut gerak tangan.








ELEMEN REKA BENTUK



Hai..minggu ni topik kita adalah elemen dalam reka bentuk. Sapa tahu apakah yang disenaraikan dalam mereka bentuk sesuatu rekaan?haa...... untuk pengetahuan semua terdapat beberapa elemen utama dalam menghasilkan reka bentuk. Bagi seseorang yang sukakan melukis mereka ini selalunya akan mempraktikkan semua elemen ini bagi menampakkan lagi lukisan itu hidup.


Apa yang di maksudkan dengan GARISAN?
Pada asasnya garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan. Garisan yang menarik juga di hasilkan dengan bermula dengan titik di awalnya dan berakhir dengan titik juga di akhir garisan.

Titik-titik menghasilkan garisan

Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.


Watak Garisan
1.      Garisan –garisan yang dihasilkan dengan media yang berlainan melahirkan kesan pelbagai ekspresi.
2.    Setiap alat lukisan akan menghasilkan kesan garisan yang berlainan sifat.
3.    Kesan-kesan itu menghasilkan garisan halus, tebal, nipis, terang, gelap, dan sebagainya.
4.   Kesan garisan yang menggunakan pena akan kelihatan  lebih jelas, terang dan menarik.
5.    Garisan menggunakan pensel mewujudkan garisan yang pelbagai saiz, ekspresif, bebas, dan pelbagai ton terkawal.
6.    Garisan menggunakan berus akan mewujudkan kesan pelbagai ragam dan artistik.
7.     Garisan menggunakan pastel menimbulkan kejelasan imej dan bebas.
8.     Garisan menggunakaan arang menghasilkan kesan yang berkontra, jelas dan gelap.





Jenis-jenis Garisan.



Apabila teknik garisan dikuasai kita mampu menghasilkan beberapa lukisan yang menarik seperti yang terdapat di sebelah kanan blog ni. Selain kaedah yang betul kemahiran adalah sangat penting untuk memastikan langkah kerja mengikut step.






WARNA ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.


Peranan dan Fungsi Warna


Dalam masyarakat berbudaya, elemen warna dan fungsinya tidak dapat dipisahkan.
Warna merupakan sebahagian daripada pakaian kehidupan masyarakat dunia.
Masyarakat desa di Malaysia, mensinonimkan warna dengan objek alam sekeliling.
Warna boleh membawa maksud atau pengertian tertentu mengikut budaya setempat seperti:
Warna kuning- kebesaran diraja, kecemerlangan, ceria, kekayaan.
Warna merah- berani, kemakmuran, bahaya, amaran.
Warna hijau- segar, subur, pertumbuhan.
Warna biru- kedamaian, tenang, romantik.
Warna putih- kesucian, kemurnian, kerohanian.
Warna hitam- kesedihan atau kepiluan.




Hari ini kita mampu melihat terdapat pelbagai warna semulajadi di persekitaran kita yang paling terdekat. Seawal pagi kehijauan alam mampu menyihatkan mata kita . cuba anda lihat warna di bawah ini..berapakah warna yang terdapat dalam gambar di bawah ini?






Cantikkan warna-warna di atas..alhamdulillah kita diberi nikmat untuk menikmati keindahan alam ini. Ha. Jangan lupa bahawa warna-warna putih diserakkan dan dipantulkan menghasilkan warna-warna pelangi daripada prisma spektrum.warna bersiafat mampu di biaskan oleh cahaya.




JOM KITA LAYAN LAGU PELANGI.....SEKADAR CLICK DI BAWAH INI..