Sebagai contoh sekiranya diberikan satu masalah, anda di tugaskan untuk menyelesaikan masalah tersebut bersama ahli kumpulan anda. Kemudian anda perlu mengutarakan pendapat anda dalam kumpulan tersebut.
Kaedah Penyelesaian: Walaupun kita berkumpulan , individu yang kreatif dan bijaksana mereka ini akan mengeluarkan idea-idea bagi menyelesaikan masalah tersebut tanpa hanya berharap jawapan daripada kawan-kawan. Individu perlu memberi dan mengeluarkan pendapat agar idea yang mereka kemukakan boleh di perbaiki sekiranya ianya kurang baik. Selain itu, idea-idea yang telah di hasilkan oleh setiap individu juga boleh di gabungkan agar idea mereka menjadi lebih menarik dan berkesan.
Berdasarkan daripada contoh tadi, selain kaedah kerja secara berkumpulan terdapat beberapa langkah proses Penjanaan Idea yang boleh di gunakan.Antaranya adalah:
Sumbang Saran
Sumbang saran merupakan satu teknik yang mudah tetapi berkesan utuk mengatasi beberapa halangan mental.Terdapat beberapa peraturan asas yang perlu dipatuhi iaitu:- elakkan membuat penilaian terhadap idea-idea pada awal sesi
- utamakan kuantiti. Hasilkan sebanyak mungkin idea dengan pantas.
- kembangkan idea awal bagi tujuan memperbaiki dan segera menghasilkan idea baru
- kembangkan imaginasi anada.
Kaedah 6-3-5
Kaedah 6-3-5 adalah satu variasi sumbang saran, di mana 6 ahli kumpulan duduk pada suatu meja bulat, mereka harus melakarkan atau memberikan 3 penyelesaian dalam tempoh 5 minit.
Elakkan komunikasi verbal. Kebaikan kaedah ini adalah untuk menggalakkan setiap individu mampu dan melatih diri mereka untuk menjana idea dengan memberikan beberapa idea baru dalam kumpulan tersebut.
Menanyakan Soalan