Thursday, June 13, 2013

PROJEK AKHIR( Percetakan Tauhu)

Hye.....AHLAN WASSAHLAN...

Erm....minggu nie saya nak citer pasal final project yang perlu di selesaikan oleh kami untuk memenuhi modul ASAS REKA CIPTA di semesta ini. Kali ini projek kami diberi tajuk IKS. Kami dikehendaki untuk mencari beberapa masalah yang dikenal pasti oleh pengusaha-pengusaha IKS iaitu pengusaha Industri Kecil Sederhana yang berniaga seperti perusahaan kuih muih, kerepek, pembuatan nanas, keropok lekor dan banyak lagi kita boleh lihat . kumpulan saya di anggotai seramai 4 orang termasuk saya iaitu Intan, Aisyah dan Zakiah.


Kami memilih 3 jenis perusahaan IKS yang mana terdapat beberapa perkara yang dikenal pasti mampu menjadi 1 pilihan terakhir kami untuk kami cetuskan idea baru bagi membantu menyelesaikan masalah yang timbul. Di antara masalah yang dikenal pasti adalah seperti berikut.


Masalah 1 yang dikenalpasti terhadap sektor pertenakan

Masalah kedua dalam Sektor Pertanian
Masalah ke-Tiga dalam Sektor Pemakanan.


Kami dikehendaki mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terhadap masalah yang kami utarakan sebelum kajian seterusnya dilakukan. Oleh itu satu kajian lapangan telah di buat oleh kumpulan kami. Kami mendapat reaksi positif dari pada semua pemilik perusahaan . Selain kaedah lawatan kami juga menggunakan kaedah lain .


contoh Kaedah yang DI Gunakan untuk mendapatkan maklumat
Di akhir lawatan kami, kami telah membuat keputusan untuk memilih masalah pembuatan tauhu. Berdasarkan hasil kajian lapangan yang telah kami lakukan, pengusaha IKS (Industri Kecil Sederhana)mengatakan bahawa pembuatan tauhu masih menggunakan kaedah tradisional dan memerlukan pengendalian secara manual. Kesukaran yang paling ketara dihadapi oleh pengusaha tauhu adalah kesukaran untuk memenuhi permintaan pemasaran dan ini akan mengurangkan pengeluaran produk mereka. Masalah ini disebabkan oleh alatan dan bahan yang digunakan oleh pengusaha adalah tidak praktikal. Selain dari itu, proses pembuatan tauhu juga mengambil masa yang lama serta kaedah yang digunakan untuk mencetak tauhu tidak sistematik.


Justifikasi Pemilihan Produk
i.    Di perbuat daripada stainless steel.
      ii.    Alat yang mudah dikendalikan.
      iii.    Mempunyai lebih dari satu fungsi( memadat, mencetak, dan memotong )
      iv.    Menjimatkan masa proses pembuatan tauhu.
      iv.    Mengurangkan tenaga manusia.

Objektif Reka Bentuk
Objektif mereka produk pencetak tauhu ini adalah seperti berikut:
v    Memudahkan proses pembuatan tauhu
v    Menjimatkan masa pembuatan tauhu
v    Menggurangkan jumlah tenaga kerja
v    Menjadikan proses pembuatan tauhu lebih sistematik
v    Menghasilkan jumlah pengeluaran lebih banyak

Proses menghasilkan idea bermula dengan melukis beberapa rekaan dengan lakaran kasar... Di ikuti dengan lakaran terperinci . Bagi menampakkan lagi rekaan ini saya telah menaikkan 3D untuk memudahkan proses penghasilan moke up model sebagai langkah seterusnya.

PANDANGAN PERSPEKTIF

PERSPEKTIF 2

PLAN  

PANDANGAN SISI

PEMBINAAN MODEL
Untuk menghasilkan model yang mampu mencapai objektif rekaan kami, kami pastikan peralatan yang di gunakan adalah berkualiti dan mudah dikerjakan. Selain itu kami memilih kaedah yang memudahkan kerja kami di sebabkan masa yang terhad  agar model percetakan tauhu dapat disiapkan . Berikut adalah beberapa langkah kerja penghasilan model yang kami lakukan.

Kerja Pemotongan Bahan

Pemotongan perlu di buat secara Teliti untuk mendapatkan kekemasan

Proses Membuat bekas percetakan Tauhu

Pemotong stainless steel di gantikan dengan bahan yang bersesuaian sebagai model

Kerja pemotongan kayu Menggunakan mesin


Hasil Produk

Selepas kerja-kerja pemotongan selesai langkah seterusnya adalah kerja kemasan.Kerja kemasan dilakukan bagi menampakkan lagi material yang di gunakan.

Model Rangka utama

Pencetak dan Pemotong Tauhu


Kaedah Susunan Lapisan Bekas percetakan


Pencetak Tauhu di letakkan di bahagian atas untuk memotong Tauhu 

Hasil produk



Akhirnya kami berjaya juga menghasilkan satu idea baru yang mana produk ini mampu mnegurangkan masalah yang di hadapi oleh pengusaha tauhu. Di harap dengan wujudnya mesin ini permintaan tauhu di pasaran mampu di penuhi oleh pengusaha Tauhu dan mereka dapat meningkatkan teknologi seiring dengan pemasaran.



Inilah dia poster group kami semasa sesi perbentangan projek di akhir kelas Asas Reka Cipta yang telah di nilai oleh Pn Fadila dan dibantu En Ilham.heheheeh.....kami memanjatkan rasa syukur kerana kami dapat mnyampaikan objektif idea rekaan kumpulan kami terhadap masalah yang dikenalpasti. kalo dah present tu mesti lah berharap dapat markah yang berpatutan hehhee..... semoga kawan-kawan semua dapat result yang baik untuk projek ini. 

Buku idea KIta......

Nukilan pertama ISI KANDUNGAN HEHEHE,....

HAAAA....ini DIA cover DEPAN MY book
hihihi...cantik x?????????
alaupon penat untuk menghasilkan semua ini tapi akhirnya saya rase berpuas hati dengan apa yang dapat dihasilkn di akhir kerja ini.


5 comments:

  1. salam, siapa yang saya boleh hubungi untuk dapatkan pencetak tauhu. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..nak tanya..boleh order pencetak tauhu ke

    ReplyDelete
  3. Assalamaualaikum. Saya berminat nak order pencetak tauhu. Mohon maklum balas. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Nak tanya berapa harga pencetak tauhu?

    ReplyDelete