Friday, May 31, 2013

Harta Intelek

HYE.....ASSALAMUALAIKUM.....



Memang dah terlalu lama tak update blog ni....jangan risau ye ...pasti ada perkara baru yang  u all akan pelajari dari saya. Setelah kita tahu apa itu Anthropometrics dan juga cara-cara menterjemahkan idea dari sekeping kertas kepada bentuk (model) , satu perkara penting yang perlu kita sedari adalah terhadap HARTA INTELEK.


APA ITU HARTA INTELEK?
Ia merupakan hasil ciptaan minda, reka cipta, karya sastera, simbol dan imej yang digunakan dalam perdagangan. Iaitu untuk kerja-kerja pemasaran di mana bagaimana sesuatu ciptaan baru dari anda di perkenalkan kepada mereka di luar sana tanpa di tiru atau di olah .
Terdapat beberapa kategori  tentang Harta Intelek iaitu:

a  Paten
-          Merupakan hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu reka cipta sama ada satu produk atau proses untuk menghasilkan cara baru.
-          Di Malaysia paten diberikan selama 20 tahun dari tarikh pemfailan permohonan.
b  Cap dagangan.
-          Merupakan tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang di keluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang di keluarkan oleh pihak lain.
-          Berkuat kuasa selama 10 tahun dan boleh diperbaharui setiap tahun.

Restoran Macdonal



Cap Dagangan Sejenis Kenderaan Mewah yang terkenal dan Mahal

c Hak cipta
-          Adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik kerya seperti karya satera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang telah di tetapkan.
-          Tempoh perlindungan adalah sepanjang hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas pemergiannya.

Atin Kae ( HAK CIPTA)


Jenis biasa kelihatan (Penggunaan Bar code)

d  Reka bentuk industri
-          Ciri-ciri rupa bentuk , tatarajah, corak atau hiasan yang di gunakan terhadap suatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian yang mana ciri pada barang yang disiapkan mampu menarik pandangan mata
-          Tempoh perlindungannya adalah 5 tahun setiap kali pembaharuan.



Langkah Kerja Penjanaan Idea

e  Petunjuk Geografi
-          Petunjuk yang mengenal pasti  indikasi  dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal ia dikeluarkan.
-          Tempoh perlindungan adalah selama 10 tahun dan layak diperbaharui semula

f  Reka bentuk susun atur litar bersepadu
-          Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang.
-          Tempoh perlindungan adalah selama 10 tahun dari tarikh mula ia beroperasi secara perdagangan.

g  Pembaharuan utiliti

h  Rahsia perdagangan maklumat yang tidak diketahui

No comments:

Post a Comment