Tuesday, May 28, 2013

Pembinaan Model

Pembinaan Model

Menukar idea kepada bentuk model tiga dimensi merupakan salah satu cara mengembangkan pemikiran mereka bentuk dan menyampaikannya kepada orang lain. Keistimewaan model adalah ia boleh diubahsuai dan diperbaiki di peringkat awal lagi sebelum ia dijadikan prototaip atau produk sebenar.

Model boleh dihasilkan dengan saiz sebenar atau berskala iaitu dibesarkan atau dikecilkan. Model boleh dibahagikan kepada dua jenis – luaran dan dalaman. Model luaran mempamerkan ciri-ciri luar seperti rupa bentuk, saiz, nilai estetika dan ergonomik. Manakala model dalaman pula memberikan visual terhadap susun atur bahagian atau komponen dan kefungsiannya, penggunaan ruang dan pemasangan.

Rekabentuk Model

Model dihasilkan untuk :
        Menguji prinsip dan idea
        Mengajar atau menyampaikan maklumat
        Membantu menggambarkan idea
        Pengiklanan dan tujuan paparan
        Keseronokan

7 jenis model yang biasa digunakan :
1            Model Blok
  •         Beri gambaran bentuk keseluruhan objek
  •         Dihasilkan daripada bahan padu seperti kayu dan polistirena, plaster atau tanah liat.
2            Model Bentangan
  •         Dihasilkan dengan melipat dan menyambung kertas, kad dan kepingan bahan lain
  •         Reka bentuk seni bina dan dalaman dihasilkan dengan cara ini
3            Model Ujian
  •         Pastikan reka bentuk berfungsi seperti yang dikehendaki
4            Model Kerja
  •         Mekanisme, litar elektronik dan bahagian reka bentuk berfungsi diuji dengan model ini.
5            Model Prototaip
  •         Mewakili reka bentuk yang dicadangkan sebaik mungkin
6            Model Sebenar Produk
  •         Model ini mewakili rupa sebenar produk yang bakal dihasilkan
7            Model Terjana Komputer
  •         Digunakan untuk bina model reka bentuk pada paparan
  •         Mudah diperbaiki, tanpa guna bahan, dapat diuji dengan selamat.
Ciri- ciri model yang baik
Model yang baik adalah...
  •         hasil daripada perancangan dan analisis yang teliti
  •         haruslah tepat
  •         mempunyai sambungan yang baik
  •         diperbuat daripada bahan dan perekat yang dipilih teliti bagi memastikan kesan skala yang maksimum dan kebersihannya
  •         mempunyai kemasan akhir yang baik
  •         disambungkan dengan jumlah pelekat yang minimum bagi memastikan kekuatan yang maksimum
Tujuan pembinaan model – tunjukkan produk reka cipta
  •         menunjukkan perhatian diberikan kepada butiran-butiran yang penting
  •         menunjukkan skala sebenar dalam semua segi termasuk tekstur, warna dan ketebalan bahan
  •         mempunyai hujung-hujung yang tepat hasil daripada penggunaan alat-alat yang betul
Ketahan Lasakan Model
  • Jangka masa ketahanlasakansesuatu model sangat penting –model haruslah kekal dalam bentuk asal sekurang-kurangnya sehingga ia dinilai
  • Jangka masa yang dicadangkan adalah daripada satu semester sehingga satu tahun
  • Pelajar haruslah mengenal pasti ciri-ciri bahan yang digunakan dan bagaimana bahan tersebut tahan dengan keadaan panas, sejuk, kelembapan dan sebagainya
  • Model yang disimpan di dalam bekas kaca akan tahan lebih lama tanpa sebarang kerosakan
  • Jika model sentiasa digunakan dalam kelas, ia perlu dibuat daripada bahan yang tahan lasak, tidak mudah rosak apabila dipegang atau dipindahkan 
Skala
Kriteria yang perlu diambil kira dalam pemilihan skala untuk membina model adalah :
  •         tujuan model dibina dan apa yang ingin ditunjukkan
  •         jumlah masa yang diberikan untuk menyiapkan model
  •         kos
Contoh Model ;


Contoh Model Menara yang diperbuat daripada bahan Balsa wood


Model Sebuah Bangunan


Gambar mini model 


Model Bangunan yang di Reka berfungsi sebagai gambaran Bangunan Sebenar


Moke-cup Model bersandarkan Bentuk


Moke-cup sebuah kawasan Istana

Secara keseluruhannya kita dapat lihat dengan wujudnya model seperti ini sesuatu produk atau rekaan dapat diperlihat dengan lebih jelas sebelum ianya di hasilkan.Kalau nak tahu, nilai estetika sesuatu model itu terlihat dan bernilai apabila rekaan dan ketelitian manghasilkan model-model ini di buat. semankin model yang di buat itu kecil semankin tinggi harganya di pasaran.


No comments:

Post a Comment