Tuesday, May 28, 2013

Design Industri

Rekabentuk Perindustrian adalah bidang berkaitan dengan mereka dan membangunkan konsep serta spesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai, bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan pengguna dan pengeluar. IDSA(Industrial Designers Society of America).

Bidang ini adalah seni gunaan yang menggabungkan penggunaan dan seni menghasilkan produk yang baik sesuai untuk pengguna. Dengan kata lain, bidang ini bukan berkaitan dengan rekaan gear , litar atau bagaimana produk berfungsi tetapi lebih kepada bentuk sesuatu produk bagi memudahkan pengguna menggunakannya.

Perekabentuk industri adalah profesion yang berada di antara jurutera dan seniman. Mereka bukan jurutera ataupun seniman tetapi seseorang yang dapat mengimbangkan penggunaan seni dan fungsi menghasilkan sesuatu produk atau barang yang sesuai untuk digunakan. Bagi perekabentuk, mereka perlu menghasilkan produk yang cantik, ergonomik dan sesuai digunakan. Perekabentuk industri boleh menjadi pencipta produk baru yang memenuhi keperluan manusia.

Antara perekabentuk industri terkenal :

 
Karim Rashid


Philippe Starck

Antara hasil rekabentuk industri













Anthropometric

Antropometri adalah suatu kumpulan data numerik yang berhubungan dengan karakteristik fizik tubuh manusia seperti ukuran, bentuk dan kekuatan serta penerapan dari data tersebut untuk penanganan masalah rekabentuk, (Nurmianto, 1991).






Antropometri statis - pengukuran dilakukan pada saat tubuh dalam keadaan diam/posisi diam/tidak bergerak
Contoh: tinggi tubuh tegak, tinggi duduk normal, panjang lengan bawah dll


Antropometri dinamis - dimensi tubuh diukur dalam berbagai posisi tubuh yang sedang bergerak
Contoh: Putaran lengan, putaran telapak tangan, sudut telapak kaki dll


Faktor-faktor yang mempengaruhi dimensi tubuh manusia:
    1. Umur
    2. Jenis kelamin
    3. Suku Bangsa

    4. Jenis pekerjaan atau latihan















Ergonomic




Faktor manusia atau lebih dikenal sebagai ‘human factor’ adalah disiplin yang mempelajari perilaku manusia secara fizik dan psikologi dan hubungannya dengan suatu lingkungan atau teknologi khusus seperti produk, pekerjaan,dll. Faktor manusia juga didefinisikan sebagai aplikasi ilmiah mengenai kapasiti dan batasan yang dimiliki manusia dalam perancangan sistem atau produk atau lingkungan dan sebagainya agar, efektif, efisien, produktif dan mudah digunakan. Faktor manusia merupakan aplikasi ilmiah mengenai kekuatan dan kelemahan manusia dalam perancangan sebuah sistem atau teknologi. Faktor manusia sering disamakan dengan ergonomi, usability engineering, ergonomi kognitif, atau user-centered design.

Pada mulanya faktor manusia timbul dari batasan manusia secara psikologi (oleh karena itu faktor manusia sering disebut hasil perkawinan dari psikologi dan teknik). Ini berbeza dengan ergonomi yang pada mulanya timbul kerana batasan manusia secara fizik dan fisiologi. Namun seiring dengan perkembangan waktu, ergonomi juga melebar ke kognitif dan organisasi begitu pula dengan faktor manusia sehingga kedua bidang ini sudah banyak “disamakan”. Selan itu ergonomi ditujukan untuk kerja sedangkan faktor manusia lebih umum digunakan di banyak bidang sehingga ada yang menyebut ergonomi merupakan faktor manusia yang diterapkan di lingkungan kerja dan dengan kata lain ergonomi merupakan bagian dari faktor manusia. Namun seiring berkembangnya lengkup definisi “kerja” dari ergonomi menjadi aktiviti manusia dan pada kenyataannya hampir seluruh hidup manusia dihabiskan untuk beraktiviti, maka ergonomi kembali disamakan dengan faktor manusia.


Istilah ergonomi lebih banyak digunakan di Eropah sedangkan di Amerika Syarikat lebih banyak menggunakan istilah human factors (faktor manusia). Sebenarnya dari segi etimologi keduanya berbeza, ergonomi berasal dari kata ergon (kerja) dan nomos (aturan/prinsip/kaidah/hukum) sehingga jelas ergonomi merupakan suatu ilmu, sedangkan human factors jika ditakrifkan secara etimologi bererti faktor manusia atau mungkin lebih tepat faktor-faktor yang ada dalam individu atau manusia sehingga bukan merupakan sebuah ilmu (walaupun bisa dianggap sebuah ilmu) namun lebih merujuk ke sebuah konsep atau variabel.











Tuesday, April 30, 2013

Penjanaan Idea

Hari ini saya nak berkongsi pandangan terhadap bagaimana proses penjanaan idea itu berlaku. Bagi sesetengah orang mereka beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai kebolehupayaan diri untuk menjana fikiran menghasilkan idea-idea baru. Pada hakikatnya apa yang mereka perkatakan adalah tidak benar.....kenapa saya berkata demikian??? hehehehe...sebenarnya apabila seseorang itu mempunyai keinginan serta kesungguhan dalam melakukan sesuatu tugas itu, mereka dengan sendirinya akan menggerakkan akal fikiran mereka untuk bekerja tanpa mengira idea itu bernas atau tidak...Tiada satu idea pon yang sebenarnya salah dan yang tidak menarik. Apa yang membezakan idea seseorang itu bernas dengan tidak apabila idea itu mampu memberi impak baru atau kesan serta menarik perhatian orang lain dan di fikirkan logik untuk di adaptasikan.

Sebagai contoh  sekiranya diberikan satu masalah, anda di tugaskan untuk menyelesaikan masalah tersebut bersama ahli kumpulan anda. Kemudian anda perlu mengutarakan pendapat anda dalam kumpulan tersebut.

Kaedah Penyelesaian: Walaupun kita berkumpulan , individu yang kreatif dan bijaksana mereka ini akan mengeluarkan idea-idea bagi menyelesaikan masalah tersebut tanpa hanya berharap jawapan daripada kawan-kawan. Individu perlu memberi dan mengeluarkan pendapat agar idea yang mereka kemukakan boleh di perbaiki sekiranya ianya kurang baik. Selain itu, idea-idea yang telah di hasilkan oleh setiap individu juga boleh di gabungkan agar idea mereka menjadi lebih menarik dan berkesan.


Berdasarkan daripada contoh tadi, selain kaedah kerja secara berkumpulan terdapat beberapa langkah proses Penjanaan Idea yang boleh di gunakan.Antaranya adalah:

Sumbang Saran
Sumbang saran merupakan satu teknik yang mudah tetapi berkesan utuk mengatasi beberapa halangan mental.Terdapat beberapa peraturan asas yang perlu dipatuhi iaitu:
  • elakkan membuat penilaian terhadap idea-idea pada awal sesi
  • utamakan kuantiti. Hasilkan sebanyak mungkin idea dengan pantas.
  • kembangkan idea awal bagi tujuan memperbaiki dan segera menghasilkan idea baru
  • kembangkan imaginasi anada.

Kaedah 6-3-5
Kaedah 6-3-5 adalah satu variasi sumbang saran, di mana 6 ahli kumpulan duduk pada suatu meja bulat, mereka harus melakarkan atau memberikan 3 penyelesaian dalam tempoh 5 minit.
Elakkan komunikasi verbal. Kebaikan kaedah ini adalah untuk menggalakkan setiap individu mampu dan melatih diri mereka untuk menjana idea dengan memberikan beberapa idea baru dalam kumpulan tersebut.








Menanyakan Soalan


Saturday, March 16, 2013

Kenangan ku Designku

Setelah sekian lama meninggalkan dunia di poly Merlimau ..kini hanya hasil pembelajaran yang mampu mengimbas kenangan penat lelah dan usaha ku selama bergelar student architecture.

Bukan nak tunjuk apa pon kat sini ...haaaa..u all lihat dan perhatikan beberapa elemen reka bentuk yang digunakan dalam menghasilkan kesemua rekaan ini....

LANDSCAPE.


MOBILE HOUSE

PLACE IN SPACE


VIEWING TOWER












Tugasan (sketch)


Morning semua..... Selepas sesi pertemuan pertama kami sekelas telah di minta untuk melukis30 jenis lakaran....terpulang lah kita nak lukis apa pun yang penting sketch....heheheh

kita nie memang suka melukis...tapi dah lama xmelukis adalah dalam 2 taun sejak bekerja.hehhee....walaupon lama xmelukis tapi naluri hati sebagai penggiat seni tetap ada di dalam tubuh ni. dulu masa study kat politeknik kita banyak mempraktikkan kemahiran melukis. kita di ajarkan pelbagai teknik seperti membuat lettering, line, tone color and macam-macam la.....


Kepada kawan-kawan yang katanya jari tu kaku nak melukis xberjiwa seni jangan risau, sebabnya kite pon awal-awal dulu xla pandai melukis macam hari ini...tp sebab saya telah di ajar.......kita mampu buat...PERCAYALAH!!!!!.





Inilah hasil kerja kita untuk tugasan minggu kedua kelas REKACIPTA.



Inilah dia peralatan yang sentiasa ada dekat dengan saya.


Kasut terbaru milik SAYA.


Lukisan ku.( I LOVE U)


Krakter Percintaan.


Datangnya idea di dalam bilik ku( Dalam hati berkata lapar-lapar nak sumbat makanan wei....)




Secara tidak sengaja lakaran ini dihasilkan mengikut gerak tangan.








ELEMEN REKA BENTUK



Hai..minggu ni topik kita adalah elemen dalam reka bentuk. Sapa tahu apakah yang disenaraikan dalam mereka bentuk sesuatu rekaan?haa...... untuk pengetahuan semua terdapat beberapa elemen utama dalam menghasilkan reka bentuk. Bagi seseorang yang sukakan melukis mereka ini selalunya akan mempraktikkan semua elemen ini bagi menampakkan lagi lukisan itu hidup.


Apa yang di maksudkan dengan GARISAN?
Pada asasnya garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan. Garisan yang menarik juga di hasilkan dengan bermula dengan titik di awalnya dan berakhir dengan titik juga di akhir garisan.

Titik-titik menghasilkan garisan

Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.


Watak Garisan
1.      Garisan –garisan yang dihasilkan dengan media yang berlainan melahirkan kesan pelbagai ekspresi.
2.    Setiap alat lukisan akan menghasilkan kesan garisan yang berlainan sifat.
3.    Kesan-kesan itu menghasilkan garisan halus, tebal, nipis, terang, gelap, dan sebagainya.
4.   Kesan garisan yang menggunakan pena akan kelihatan  lebih jelas, terang dan menarik.
5.    Garisan menggunakan pensel mewujudkan garisan yang pelbagai saiz, ekspresif, bebas, dan pelbagai ton terkawal.
6.    Garisan menggunakan berus akan mewujudkan kesan pelbagai ragam dan artistik.
7.     Garisan menggunakan pastel menimbulkan kejelasan imej dan bebas.
8.     Garisan menggunakaan arang menghasilkan kesan yang berkontra, jelas dan gelap.





Jenis-jenis Garisan.



Apabila teknik garisan dikuasai kita mampu menghasilkan beberapa lukisan yang menarik seperti yang terdapat di sebelah kanan blog ni. Selain kaedah yang betul kemahiran adalah sangat penting untuk memastikan langkah kerja mengikut step.






WARNA ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.


Peranan dan Fungsi Warna


Dalam masyarakat berbudaya, elemen warna dan fungsinya tidak dapat dipisahkan.
Warna merupakan sebahagian daripada pakaian kehidupan masyarakat dunia.
Masyarakat desa di Malaysia, mensinonimkan warna dengan objek alam sekeliling.
Warna boleh membawa maksud atau pengertian tertentu mengikut budaya setempat seperti:
Warna kuning- kebesaran diraja, kecemerlangan, ceria, kekayaan.
Warna merah- berani, kemakmuran, bahaya, amaran.
Warna hijau- segar, subur, pertumbuhan.
Warna biru- kedamaian, tenang, romantik.
Warna putih- kesucian, kemurnian, kerohanian.
Warna hitam- kesedihan atau kepiluan.




Hari ini kita mampu melihat terdapat pelbagai warna semulajadi di persekitaran kita yang paling terdekat. Seawal pagi kehijauan alam mampu menyihatkan mata kita . cuba anda lihat warna di bawah ini..berapakah warna yang terdapat dalam gambar di bawah ini?






Cantikkan warna-warna di atas..alhamdulillah kita diberi nikmat untuk menikmati keindahan alam ini. Ha. Jangan lupa bahawa warna-warna putih diserakkan dan dipantulkan menghasilkan warna-warna pelangi daripada prisma spektrum.warna bersiafat mampu di biaskan oleh cahaya.




JOM KITA LAYAN LAGU PELANGI.....SEKADAR CLICK DI BAWAH INI..