HYE.....ASSALAMUALAIKUM.....
Memang dah
terlalu lama tak update blog ni....jangan risau ye ...pasti ada perkara baru
yang u all akan pelajari dari saya.
Setelah kita tahu apa itu Anthropometrics dan juga cara-cara menterjemahkan
idea dari sekeping kertas kepada bentuk (model) , satu perkara penting yang
perlu kita sedari adalah terhadap HARTA INTELEK.
APA ITU HARTA INTELEK?
Ia
merupakan hasil ciptaan minda, reka cipta, karya sastera, simbol dan imej yang
digunakan dalam perdagangan. Iaitu untuk kerja-kerja pemasaran di mana
bagaimana sesuatu ciptaan baru dari anda di perkenalkan kepada mereka di luar
sana tanpa di tiru atau di olah .
Terdapat
beberapa kategori tentang Harta Intelek
iaitu:
a Paten
-
Merupakan hak eksklusif yang
diberikan terhadap sesuatu reka cipta sama ada satu produk atau proses untuk
menghasilkan cara baru.
-
Di Malaysia paten diberikan
selama 20 tahun dari tarikh pemfailan permohonan.
b Cap
dagangan.
-
Merupakan tanda yang
diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang di keluarkan oleh seseorang
pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan
yang di keluarkan oleh pihak lain.
-
Berkuat kuasa selama 10
tahun dan boleh diperbaharui setiap tahun.
Restoran Macdonal |
Cap Dagangan Sejenis Kenderaan Mewah yang terkenal dan Mahal |
c Hak
cipta
-
Adalah hak eksklusif yang
diberikan oleh undang-undang kepada pemilik kerya seperti karya satera, seni,
muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu
tempoh yang telah di tetapkan.
-
Tempoh perlindungan adalah
sepanjang hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas pemergiannya.
Atin Kae ( HAK CIPTA) |
Jenis biasa kelihatan (Penggunaan Bar code) |
d Reka
bentuk industri
-
Ciri-ciri rupa bentuk ,
tatarajah, corak atau hiasan yang di gunakan terhadap suatu barang melalui
apa-apa proses atau cara perindustrian yang mana ciri pada barang yang
disiapkan mampu menarik pandangan mata
-
Tempoh perlindungannya
adalah 5 tahun setiap kali pembaharuan.
Langkah Kerja Penjanaan Idea |
e Petunjuk
Geografi
-
Petunjuk yang mengenal
pasti indikasi dari mana sesuatu barang itu berasal di mana
kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan
tempat asal ia dikeluarkan.
-
Tempoh perlindungan adalah
selama 10 tahun dan layak diperbaharui semula
f Reka
bentuk susun atur litar bersepadu
-
Susunan tiga dimensi
unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar
bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang.
-
Tempoh perlindungan adalah
selama 10 tahun dari tarikh mula ia beroperasi secara perdagangan.
g Pembaharuan
utiliti
h Rahsia
perdagangan maklumat yang tidak diketahui